Akhirnya lahirlah blog

Bismillahirrahmanirrahim

Akhirnya mula juga menulis blog. Selepas melihat kepada potensi website yang masih dan sangat releven pada masa sekarang dalam berkongsi manfaat bersama orang lain.

Antara sebab  wujudnya website ini adalah untuk saya meningkatkan kemahiran diri. Lebih-lebih bila dah bertukar bidang. Dari bidang Mekatronik-Instrumen- Cadd Mekanikal dan akhirnya ke bidang Multimedia! Kenalah update sikit tentang cabang-cabang Multimedia ni.

Keduanya, ingin menjadikan medan blog dalam berkongsi manfaat dengan pelajar sendiri. Nota, tugasan dan lain-lain akan dikongsi di sini.

Ketiga, saya ingin berkongsi tentang skincare yang mana saya merupakan pengguna dan agen salah satu produk skincare yang makin terkenal iaitu Mary Jardin. Sambil-sambil tu saya kongsi manfaat penggunaan dan tips kecantikan. Nak beli dengan saya pun boleh.

Keempat, bercadang untuk berkongsi ilmu tentang Quran. Bukanlah seorang ustazah. Just share apa ilmu yang saya dapat dari sumber lain yang mungkin berguna untuk kita semua.

Kelima, nak share apa sahaja ilmu yang ada. Kerana percaya, ilmu yang bermanfaat akan menjadikan saya KAYA. Kaya di alam kubur dan akhirat nanti. Saya ni banyak dosa. Dengan blog ni harapannya, pelaburan akhirat ini akan diterima.

Sekian. Kalau ada yang nak berkongsi ilmu, nak beli produk, nak minta khidmat, nak buat projek dan lain-lain, bolehlah hubungi saya.